Siapa Muslim 6th Sense Group ?

Muslim 6th Sense Group adalah sebuah kumpulan anak – anak muda yang terlibat dalam aktiviti meneroka alam ghaib serta mereka juga berpengalaman membantu mana – mana individu yang terkena gangguan kuasa jahat supaya pulih kehidupannya seperti biasa. Kumpulan anak-anak muda ini juga menyediakan perkhidmatan bagi membantu mana-mana individu yang memerlukan bantuan mereka. Kesemua ahli kumpulan ini mempunyai pengalaman dalam bidang paranormal serta sangat mahir dalam kerjaya mereka.

Mengapa Muslim 6th Sense Group diwujudkan ?

Muslim 6th Sense Group diwujudkan bagi membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang melibatkan dunia alam ghaib, gangguan kuasa jahat dan memulihkan

Bagaimana Muslim 6th Sense mampu membantu menyelesaikan masalah anda ?

Memudahkan urusan dengan pihak berkuasa, penjawat tinggi & pihak istana.

Jika kerjaya anda sebagai ahli perniagaan mahupun ahli politik, kemahiran bertutur & berpenampilan kemas bukanlah satu-satunya faktor/kaedah yang membantu urusan dengan pihak berkuasa, penjawat tinggi & pihak istana. Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai halangan yang tidak disangka-sangka jika anda tidak berhati-hati.Muslim 6th Sense Group akan mendedahkan teknik rahsia supaya anda mampu berhadapan dengan segala kemungkinan dengan penuh yakin & berwibawa dengan usaha paling minima.

  • Kuasa menundukkan & daya tarik pelanggan, penonton & pihak berkuasa.

Persaingan dalam perniagaan & kerjaya politik adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Bagi menjamin perniagaan atau kerjaya politik anda tidak terjejas oleh persaingan atau niat jahat musuh anda perlukan bimbingan daripada pakar-pakar daripada Muslim 6th Sense Group. Kami akan membantu anda membangkitkan daya penunduk, daya penarik & kuasa kerohanian tahap tertinggi supaya anda terselamat daripada risiko-risiko yang tidak disangka-sangka.

  • Membantu membersihkan segala kuasa jahat yang mengganggu diri, keluarga, perniagaan, pekerjaan & tempat perniagaan atau rumah.

Walaupun teknologi serta tamadun manusia sentiasa berkembang dengan pesat tetapi masih wujud segolongan manusia yang memilih jalan mudah dengan melakukan sihir, bersekongkol dengan Jin/Syaitan/Iblis serta terlibat dengan perkara-perkara khurafat. Muslim 6th Sense Group bersedia membimbing anda kaedah yang paling ampuh untuk membentengi diri & orang tersayang daripada kesan buruk sihir dan unsur-unsur negatif lain sehingga anda mahir mampu melakukannya sendiri.

  • Membantu menyediakan seminar cara membangkitkan Tenaga Roh, Tenaga Dalam & Tenaga Pancaindera Ke-enam.

Muslim 6th Sense Group sentiasa mengadakan seminar-seminar ilmu kerohanian di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei dari masa ke semasa bagi menjamin kejayaan misi utama kami iaitu membantu masyarakat seluruh dunia mengembangkan potensi kerohanian masing-masing ke tahap maksima. Dengan terbangkitnya Tenaga Roh, Tenaga Dalam & Tenaga Pancaindera Ke-enam anda mampu melakukan pelbagai perkara yang pelik kepada orang awam. Ia juga mampu menguatkan keyakinan anda terhadap Keagungan Maha Pencipta & menyaksikan tanda-tanda KebesaranNya pada diri anda secara nyata.

  • Menyediakan barang – barang hikmah sebagai tenaga sokongan untuk membantu menyelesaikan segala masalah kehidupan individu yang memerlukannya.

Bagi individu – individu yang tidak mampu, tidak berkesempatan atau tidak punya masa untuk beramal, kami menyediakan khidmat Pengisian Tenaga Spiritual pada barang atau pada diri anda yang hanya perlu diaktifkan melalui doa ringkas. Barang- barang hikmah yang diisi dengan kelebihan spiritual ini mampu memudahkan urusan kehidupan anda & menjadi benteng daripada pelbagai unsur – unsur negatif.

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Muslim 6th Sense Group

  • Membantu menyelesaikan masalah gangguan kuasa jahat.

Setiap Pegawai Perunding Muslim 6th Sense Group dibekalkan dengan ilmu & kemahiran yang telah diuji oleh Pengasas. Sebelum diiktiraf sebagai Pegawai Perunding Muslim 6th Sense Group diwajibkan mempunyai pengalaman & menjalani latihan intensif dalam merawat masalah-masalah kerohanian terutamannya masalah – masalah yang berkaitan dengan gangguan kuasa jahat.

  • Kursus-kursus Ilmu Kerohanian

Setiap Pegawai Perunding Muslim 6th Sense Group akan menjadi mentor yang bertugas untuk merawat, mengajar, melatih anda serta menjadi tempat rujuk jika anda mempunyai apa sahaja masalah yang berkaitan dengan ilmu yang disampaikan oleh Muslim 6th Sense Group. Latihan praktikal secara individu atau berkumpulan akan dijalankan bagi peserta baru dan ulangkaji bagi peserta lama.

  • Rahsia meraih kejayaan dalam kerjaya

Anda akan dibukakan rahsia-rahsia yang mampu menjadi “booster” kepada kejaya anda ! Anda akan menjadi orang yang diminati serta disegani oleh rakan sekerja & boss. Rahsia kebahagiaan hidup berumahtangga Rahsia yang bakal kami dedahkan kepada anda mampu menyelesaikan masalah rumahtangga anda dan anda bakal menjadi idola kepada pasangan anda & anak – anak.

Isteri cemburu ? suami curang ? anak degil ? poligami ? bukan lagi masalah, anda akan lebih ceria & menjalani kehidupan berumahtangga dengan lebih yakin !

  • Pengisian barang-barang hikmah

Pengisian barang hikmah ini dilakukan dengan taraqi (ruqyah) ayat-ayat suci Al-Quran & Tenaga Rohaniah keatas barang-barang seperti selendang, senjata, dan barang-barang lain. Tenaga yang telah diisikan kedalam barang-barang hikmah ini boleh dibangkitkan melalui doa ringkas atau dengan sendirinya apabila anda memerlukan atau dalam keadaan darurat.

  • Memudahkan urusan perniagaan

Jika anda seorang ahli perniagaan yang sering mengalami kegagalan atau baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, Muslim 6th Sense Group ada sesuatu yang istimewa untuk anda. Urusan dengan pelanggan menjadi lebih mudah dan mampu membangkitkan keyakinan terhadap produk atau perkhidmatan anda serta menghilangkan keraguan.

Rawatan gangguan jin & masalah kesihatan fizikal

Pegawai Perunding Muslim 6th Sense Group telah dilatih untuk merawat pelbagai masalah berkaitan gangguan jin seperti gangguan saka keturunan, jin yang dihantar melalui sihir atau yang menumpang dengan berkesan. Pegawai Perunding Muslim 6th Sense Group juga mampu merawat masalah fizikal seperti kanser, tumor & lain – lain.

 

Lokasi pentadbiran Muslim 6th Sense Group :

9 – 2, Jalan Melati Utama 4,

Taman Melati Utama,

53100 Setapak, Kuala Lumpur.

Pejabat : +6 03 – 4162 7024