Pada hari yang sama Ahad 30 oktober 2016, Kembara Syahadah telah serang zon utara dan zon selatan. Sini admin nak cerita sedikit perkembangan program Kembara Syahadah yang berlaku di zon selatan. ” Zon utara jangan marah naa. nanti admin cerita pada post lain. ”

– Admin

Tahniah diucapkan pada Datuk Faisal atau lebih dikenali sebagai Pak Lang Faisal serta Ayahanda Faz kerana telah menjayakan program Kembara Syahadah di Klebang, Melaka. Difahamkan mereka telah berjaya mengumpul hampir 40 orang lebih termasuk ahli-ahli lama dari Melaka. Terima kasih kami ucapkan kepada mereka yang telah menjayakan program tersebut.

14695355_10154044925873061_164020662033736980_n 14908336_10154044926093061_6328367530051438404_n

Manakala, Program Kembara Syahadah yang diadakan di Minyak Beku, Batu Pahat Johor mendapat sambutan yang agak menggalakkan.Dibawah pimpinan Ayahanda Paduka Nila Pendita, dibantu oleh Pendekar Hafiz dan lain-lain telah berjaya mengumpul seramai 9 orang.  Walaupun tidak ramai seperti ditempat lain,bukan lah KUANTITI jadi pengukur tetapi KUALITI seseorang itu. Apa yang penting ahli Gayong Maarifat faham matlamat perjuangan Gayong Maarifat yang dibawa oleh YTM Tuanku Panji Alam, ukhwah sesama ahli terjalin  erat, selain mempelajari rahsia syahadah.