Wanita buta yang dikenali sebagai Baba Vanga pernah meramalkan beberapa insiden besar dunia sebelum kematiannya pada tahun 1996 pada usia 85 tahun.

 

vanga12

 

Baba Vanga merupakan seorang psikik yang terkenal di dunia sebelum ini. Dia pernah meramalkan kejadian 9/11 dan kebangkitan kerajaan Islam.

 

Bahkan, Vanga juga pernah meramalkan Barack Obama akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang terakhir buat negara kuasa besar itu. 

 

Vanga dikenali sebagai Nostradamus dari kawasan Balkans tenggara Eropah. Dia juga pernah meramal tepat yang mana presiden ke-44 Amerika Syarikat adalah berbangsa African-American. Ramalan Vanga selalunya mempunyai purata 85 peratus benar.

 

Official portrait of President Barack Obama in the Oval Office, Dec. 6, 2012. (Official White House Photo by Pete Souza) This official White House photograph is being made available only for publication by news organizations and/or for personal use printing by the subject(s) of the photograph. The photograph may not be manipulated in any way and may not be used in commercial or political materials, advertisements, emails, products, promotions that in any way suggests approval or endorsement of the President, the First Family, or the White House.

Presiden Barack Obama

 

donald-trump

Donald Trump

 

Obama sebenarnya secara teknikal masih lagi seorang presiden sehingga Donald Trump mengangkat sumpah presiden pada 20 Januari 2017 nanti.

 

Vanga dilaporkan pernah membuat ratusan ramalan sepanjang hidupnya termasuklah serangan 9/11 di kota New York, yang mana akan ada dua burung besi yang menyerang.

 

trade-01_3321412k

Gambar : Sumber Google

Ada yang mengaitkan ramalan ini dengan dua jet penumpang yang terbang melanggar World Trade Center pada tahun 2001. Vanga sebenarnya adalah seorang wanita yang lahir di sebuah perkampungan Strumica di kaki banjaran gunung ketika Empayar Uthmaniyyah.

 

Vanga dipercayai hilang upaya penglihatan ketika berjalan dalam ribut angin kencang dan setelah kejadian itu, Vanga mendakwa yang dirinya mendapat keupayaan untuk melihat masa depan.

 

Beberapa tahun selepas itu, dia mula dikenali ramai dan dipercayai di kalangan orang-orang politik dan berkuasa di dunia yang meminta pendapat dari Vanga.

 

The post Wanita Buta Ini Ramal Presiden Barack Obama Adalah Presiden Terakhir Amerika Syarikat appeared first on EH!.