4 jam sebelum kejadian …

Azrin bersama 5 orang rakannya gemar mandi di sungai Tanglir. Sungai Tanglir hanya terletak kira-kira 100 meter daripada rumahnya, air sungainya sejuk & udara persekitaran segar.

enas-place-janda-baik-25

Sekali-sekala terdengar derai tawa mereka memecah kesunyian kerana Sarah gemar berjenaka.

Selesai makan bekalan yang mereka bawa daripada rumah masing-masing, mereka mula turun ke gigi air untuk mandi.

“Eh Rin! kau perasan tak budak baru kelas Alfa tu, muka sebijik mcam Taeyang ? cute siot !” tanya Sarah.

“Eh yeke, mamat mana ?” Azrin cuba mendapatkan penjelasan..

“Ala, yang lepak dengan Imran kat kantin tengahari tadi. Aku yakin muka kau pun dia tak pandang” usik Sarah.

“Kau jangan macam-macam ngan aku .. nak “bet” ke ? Kita tengok siapa yang paling cepat dapat nombor telefon dia, ntah-ntah aku .. hahahaha” cabar Azrin sambil melontar batu sebesar penumbuk ke arah air berhampiran Sarah supaya membentuk percikan.

Kedua-dua mereka ketawa. Selesai sahaja mandi masing-masing pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Azrin tiba-tiba berasa pening dan seram sejuk. Sesampai dirumah Azrin terus mencapai Panadol dan air mineral, selepas menelan sebiji Panadol Azrin pun terlelap keletihan.

Tidur Azrin dikejutkan oleh bunyi pelik. Sebaik sahaja matanya dibuka, dilihatnya ramai makhluk kerdil setinggi 3 kaki mengerumuninya, mereka kelihatan seperti sedang marah & mahu menyerang Azrin.

Petang Jumaat itu Razak berasa sedikit pelik melihat kelakuan aneh adiknya, Azrin. Tidak seperti biasa Azrin kelihatan sugul dan ada masanya mengomel seorang diri seperti sedang marahkan seseorang.

Razak cuba menghampiri Azrin untuk mengetahui keadaan adiknya itu.

“Azrin, kau bercakap dengan siapa ?” tanya Razak

“Budak ni kurang ajar! masuk kawasan aku tak mintak izin ..” suara Azrin tiba-tiba bertukar garau. Tiba-tiba Azrin rebah & tidak sadarkan diri.

Razak kini sedar ada sesuatu yang tak kena & ia melibatkan jin, dia perlu lakukan sesuatu dengan segera. Nak minta tolong daripada bapa saudaranya, Hussein tapi Hussein masih di Batu Pahat untuk majlis pembukaan gelanggang baru.

Azrin dibaringkan di hadapannya dan Razak mula membaca doa & mengaktifkan pendinding. kemudian Razak melakukan ritual Tafakur Diam untuk mengesan punca sebenar masalah yang sedang dihadapi oleh Azrin.

hqdefault

Kini Razak mula memasuki tahap gelombang Theta, dia dapat mendengar bunyi pelik seolah-olah bunyi serangga tetapi seakan-akan bercakap dalam bahasa yang tidak difahami.

** Gelombang otak Theta menyamai gelombang otak orang yang sedang hampir lelap tidur. Ia adalah zon kesedaran tertinggi (highest conscious mind), dengan teknik yang betul seseorang berada di dalam zon Theta mampu berhubung/menembusi  ke alam/dimensi lain.

“Nak kata bunyi cengkerik tak macam bunyi cengkerik, dari mana datang bunyi ni ?” detik hati Razak.

“Ya Allah, izinkan hambaMu ini mengetahui daripada mana datangnya suara pelik ini” doa Razak.

Razak kini sedang berdiri di sebuah padang yang luas dan dihadapannya berdiri sekumpulan makhluk kerdil seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu.

“Assalamualaikum .. ” Razak memberi salam.

Tiada jawapan .. Razak cuba mengulangi salam namun masih tiada jawapan. Ternyata kumpulan makhluk-makhluk kerdil itu bukan beragama Islam.

Razak dapat melihat ditengah kumpulan makhluk-makhluk kerdil itu terbaring sekujur tubuh Azrin. Salah seorang daripada makhluk kerdil yang kelihatan agak senior menerpa ke arah Razak dengan muka yang marah.

931318136a5a8066351363faa12cc9b4

Makhluk itu mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang tidak pernah didengari oleh Razak tetapi yang peliknya Razak mampu memahami setiap perkataan yang diucapkannya.

Makhluk itu memberitahu bahawa mereka amat marah terhadap Azrin kerana telah membaling batu ke arah anaknya yang sedang bermain-main di sungai. Sebagai hukuman terhadap Azrin mereka akan menyiksa Azrin; balasan keatas kesalahan yang telah dilakukan olehnya.

Razak cuba berunding dengan makhluk tersebut dan meminta maaf atas kesilapan Azrin kerana Azrin tidak berniat untuk mencederakan anak makhluk tersebut tetapi kelihatan mereka agak sukar untuk memaafkan Azrin.

Selang beberapa lama, akhirnya Razak berjaya mengubah pendirian ketua makhluk tersebut.

Azrin berjaya diselamatkan oleh Razak dengan berkat Ilmu Syahadah yang diamalkannya.

Ikuti kisah seterusnya .. dalam Siri 4 : Al-Hijab ~ Sebuah Pengembaraan Alam Ghaib