Sambungan daripada siri 1 :goo.gl/Yu8G70

Selesai sahaja memperkemas silibus pelajaran murid-muridnya, Hussein mengajak anak-anak muridnya duduk dalam bentuk bulatan untuk sesi tazkirah ringkas ..

Setelah selesai membaca doa .. tiba-tiba Hussein disapa oleh suatu suara memberi salam. Rupa-rupanya suara tersebut datang daripada 2 jin Islam yang bertandang untuk mendengar sesi tazkirah yang akan disampaikannya.

Kedua-dua jin tersebut memperkenalkan diri masing-masing dan meminta izin untuk mendengar tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh Hussein kepada anak-anak muridnya. Hussein membenarkan dengan syarat mereka mestilah mendengar daripada luar kawasan gelanggang sahaja.

Ia bukan kali pertama perkara seperti itu berlaku & bukan perkara pelik baginya.

Kehidupan bangsa jin adalah mirip dengan bangsa Manusia cuma di dalam dimensi berbeza. Mereka belajar, berkahwin dan menuntut ilmu seperti manusia. Ada yang beriman, ada yang munafiq dan ada juga yang kufur kepada Allah S.W.T.

oodsphere

Walaupun sering dikunjungi oleh kaum jin Islam, Hussein memilih untuk tidak terlalu rapat dengan mereka (walaupun jin Islam) kerana bimbang akan menimbulkan fitnah di kemudian hari.

“Ilmu syahadah adalah suatu ilmu yang paling tinggi di dalam tingakatan pelajaran ilmu Allah yang dapat dikuasai oleh manusia. Ia merupakan martabat ilmu yang tertinggi …”

Tiba-tiba Razak mencelah ..

“Pak Long, ade 2 makhluk hitam bermata merah daripada tadi berdiri kat pagar tu duk curi dengar perbualan kita” kata Razak sambil menangis dan mengigil ketakutan ..

Dengan selawat dan doa, Hussein menutup hijab pandangan batin Razak. Hussein meminta Razak melakukan Solat Hajat dan berdoa selama 7 hari supaya pandangan mata batinnya ditutup kerana jika tidak ada kemungkinan hijab pandangan Razak akan terbuka semula. Apabila pandangan batin seseorang terbuka dengan sendirinya bermakna ia berlaku dengan izin Allah S.W.T dalam bentuk kurniaan dan hikmahnya hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui.

Setelah hijab pandangan Razak berjaya ditutup untuk sementara, Hussein mengarahkan Razak membuka mata dan Razak menoleh ke arah pagar. Razak tidak lagi melihat dua makhluk hitam bermata merah yang menakutkan tadi.

Hari demi hari berlalu seperti biasa .. Razak terlupa akan pesan Hussein supaya melakukan Solat Hajat selama 7 hari …

Petang Jumaat itu Razak berasa sedikit pelik melihat kelakuan aneh adiknya, Azrin. Tidak seperti biasa Azrin kelihatan sugul dan ada masanya mengomel seorang diri seperti sedang marahkan seseorang.

BERSAMBUNG …