PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :

– gangguan mental, emosi tak dapat dikawal dengan baik
– perbuatan sihir
– kurang kasih sayang banyak masalah yang dipendam
– saka iaitu warisan jin pendamping keluarga
– sering lupa dan lalai dengan perintah ALLAH
– Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan aktiviti. Seperti membaca bismillah .
– melakukan benda yang disukai syaitan atau bercanggah dengan ajaran
– kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
– dendam, simpati atau cinta makhluk jin. Mungkin manusia itu suka mendedah aurat atau bertelanjang ketika bersendirian.

hantu-seram
BAGAIMANA SESEORANG ITU ADA JIN / MAKHLUK HALUS DALAM DIRI MEREKA ??? 
Bila diperdengarkan ditelinga bacaan al-quran , dan akan dapat tanda tanda seperti berikut :

– pening-pening kepala
– mabuk
– muntah-muntah
– menggeletar
– pengsan
– seram-sejuk
– berdebar-debar
– menjerit-jerit ( seperti kepanasan )

misteri-orang-bunian-makhluk-halus-yang-culik-malaysia-airlines

Antara Ayat dan Hadis untuk menghindari diri daripada syaitan,sihir dan niat jahat manusia..

Sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah
Diriwayatkan oleh at-Tobrani di dalam ‘al-Kabir’ dan juga al-Hakim, daripada Ibnu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat iaitu empat ayat dari permulaan al-Baqarah, diikuti dengan ayat al-Kursi dan dua ayat selepasnya disambung lagi dengan dua ayat terakhir surah al-Baqarah, maka rumah tersebut tidak akan dimasuki oleh syaitan sehinggalah ke waktu pagi.” 
Surah Al-Ikhlas dan surah al-Mu’awwizatain
Rasulullah SAW bersabda; Katakanlah (bacalah surah) Qul Huwallahu Ahad dan Qul ;audzu Birabbinnaas dan Qul a;udzu Birabbil Falaq ketika pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan. (HR Abu Daud dan An Nasai) 
Antara Hadis-hadis lain
“Bismillahillazi la yadurru ma as mihi syaiun fil ardhi wala fi sama i wahuwassamiul alim”
Maksudnya : – Dengan nama Allah yang dengan namaNya, sesuatu pun di bumi atau di langit tidak memberi mudharat dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Daripada uthman bin affan RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud – “sesiapa di kalangan hambaNya yang membaca doa ini pada setiap pagi dan petang sebanyak tiga kali,nescaya tidak ada sesuatu pun yang akan mendatangkan mudharat ke atasnya”- hadis riwayat Abu Daud dan at Tarmizi.

 

Muslim man prays in mosque