Beberapa keping gambar intim serta GIF yang mengaitkan pemain badminton dari China, Lin Dan dengan seorang model telah tersebar di internet baru-baru ini.

 

2f47fb34-ac7e-11e6-a45e-e639c32a4ac5_1280x720

Gambar : Sumber Google

 

Menerusi fail GIF tersebut, dilihat yang mana Lin Dan bersama model tersebut yang dikenali sebagai Zhao Yaqi telah berpelukan di dalam sebuah bilik hotel.

 

Gambar-gambar tersebut telah disebarkan menerusi laman sosial Weibo oleh seorang penulis gosip yang dikenali sebagai Detective Zhao. Gambar tersebut telah diambil sekitar bulan lalu.

 

Insiden ini telah membuatkan peminat-peminat Lin Dan terkejut pabila dia mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan model itu ketika isterinya sedang hamil.

 

Gambar-gambar intim antara Lin Dan dan Zhao Yaqi telah menarik perhatian ramai terutamanya sekali gus telah menyebabkan banjiran komen negatif dan kekecewaan ke atas gambar tersebut.

 

Lin Dan menyedari akan perkara tersebut terus menyatakan permohonan maaf menerusi laman sosial tersebut.

 

“Sebagai seorang lelaki, saya tidak membuat sebarang alasan atas tindakan saya ini, tetapi ia menyebabkan keluarga saya kecewa. Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini,” tulis Lin Dan di Weibo.

 

baby1-transformed_3

Gambar : Sumber Google

 

Isterinya, Xie Xingfang merupakan bekas pemain badminton telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 5 November lalu di Beijing. Lin Dan dan isterinya berkahwin pada tahun 2012.

 

star83_1

Gambar : Yonex

 

Lin Dan merupakan bekas juara no.1 di dunia dan kini dia berada di kedudukan ketiga di belakang Lee Chong Wei dan rakan seperjuangannya, Chen Long.

 

 

The post Lin Dan Jalan Hubungan Sulit Dengan Seorang Model Ketika Isteri Sarat Hamil appeared first on EH!.