Rembau – Sekali lagi Ayahanda Rashid atau nama sebenarnya Norashid Eusoff telah mengharumkan nama PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA cawangan negeri Pahang. Siapa sangka anak didik Warisan Inderapura mampu meraih pingat dalam Kejohanan Silat di Rembau baru-baru ini.

Nurhaizatul Fazira 7, meraih pingat perak manakala kakaknya Farisha Isha 12, meraih pingat emas dalam acara silat terbuka. ” Kecil2 cili padi ” ungkapan yg mudah tetapi itulah yang sesuai bagi anak Ayahnda Rashid nie. Mana tidaknya, kanak-kanak seusia mereka sibuk mentelaah buku teks, tetapi mereka berjaya membuktikan silat mampu seiring dengan pembelajaran akedemik di sekolah.

Sekalung penghargaan juga ditujukan pada Ayahanda Syah, Paduka Erwan serta jemaah Gayong Maarifat Ampangan dan Seremban Jaya kerana hadir bersama dan memberikan sokongan kepada srikandi cilik nie.

14600909_558404401016761_2463379537605205910_n 14725723_1269109459777048_8782523802829938943_n 14907668_558404184350116_968529372682258859_n 14938185_558404304350104_133148044946033820_n