Salam sayang buat ahli2 Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM).

Saya adalah ahli Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM),saya ada sedikit cerita yang ingin dikongsi sebelum saya belajar ilmu Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM),mungkim anda tertanya-tanya bagaimana saya mengenali ilmu Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) atau ilmu syahadah…

Saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman hidup saya bagaimana saya bertemu dengan Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM)…

1

Sebelum saya bertemu ilmu Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM),saya pernah dirasuk oleh jin-jin dan disihir serta disantau,sebelum berubat dengan orang kaya nahza atau Datuk Nahza yg merupakan wakil guru bagi wilayah timur/kelantan.Saya sudah pergi berubat banyak tempat perubatan seperti darul syifa,jumpa bomoh-bomoh,namun jin tuh masih tak nak keluar.

Sesetengah bomoh mendakwa jin yang ada dalam tubuh saya ni kononya adalah jin yang baik,katanya jin wali,sebab tuh sesetengah bomoh tak nak buang,dia tak tau yang kita ni bagai nak gila terseksa semasa jin berada di dalam tubuh , sesetengah pengamal perubatan masih mengatakan jin yg berada dalam badan saya tu jin yg baik.Semasa jin ni berada dalam badan saya,tak tau kenapa dan bagaimana setiap mana2 pengamal perubatan yang pakai khadam ayat ataupun jin islam sekali pun atau jin kafir,saya boleh nampak jelas,kebanyakkan pengamal yang saya jumpa semuanya pakai khadam ayat ataupun jin islam…

Tapi yang membuatkan saya terkejut.Pabila bertemu dengan Datuk Nahza,saya tidak nampak unsur-unsur luar seperti khadam ayat atau jin islam yang duduk berdamping denganya,ketika itu Datuk Nahza datang berubat saya,masa tu saya sedang dirasuk kaut sehingga tiada siapa yang berani masuk kalau saya mula mengamuk,saya mengamuk hampir setiap hari,tak kira malam atau pun pagi,semasa saya sedang mengamuk,Datuk Nahza datang untuk berubat saya,ketika saya pergi ke arah datuk dahza,saya terus berisik pada beliau,saya kata ..

Disini ada harta karun ataupun emas, Datuk Nahza pun menjawad,kalau betul ada emas,kau gali lah,saya pun meminta cangkul,selepas meminta cangkul,saya pun menggali,masa tu Datuk Nahza pun duduk diatas kerusi didepan saya,selapas saya mengali,jin dalam tubuh saya pun naik marah lalu menghayungkan cangkul ke arah Datuk Nahza,kiri dan kanan,atas kepala pun saya hayunkan,sampai letih jin yang ada dalam diri saya,dalam masa tak sampai dua minit.

Tubuh saya tak boleh bergerak,lalu Datuk Nahza pun menyembelih jin yang ada dalam diri saya,sekelip mata jin tu keluar,sekelip mata je,selepas jin tu keluar,saya rasa lega sangat,dengan serta merta saya rasa sihat balik,yang amat ganjilnya,saya tak nampak unsur-unsur luar seperti khadam atau jin islam seperti pengamal lain.Dan jin dalam tubuh saya pun tertanya-tanya ilmu apa yang dipakai oleh Datuk Nahza,yang peliknya kenapa saya tidak nampak ada khadam ayat atau jin islam, kebanyakkan bomoh-bomoh yang datang berubat saya,saya nampak benda-denda luar seperti khadam ayat ataupun jin islam yang membantu mereka untuk berubat orang sakit ,setelah peristiwa itu berlalu.

movies-based-on-real-exorcism

Saya telah di ijazahkan Ilmu Syahadah oleh Tuanku Panji Alam yang merupakan guru utama persatuan seni silat Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) malaysia ,belum sempat habis di ijazahkan, jin yang selalu rasuk saya,yang selalu keluar masuk tubuh saya itupun keluar dan tidak kembali lagi,selepas itulah saya dah sihat macam orang biasa/normal hingga sekarang,selepas peristiwa ini ,saya dan keluarga telah mengambil keputusan untuk belajar ilmu Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM).

Setelah peristiwa ini berlalu saya telah mengambil keputusan untuk berguru dengan Tuanku Panji Alam dand Datuk Nahza ,kenapa saya mengambil keputusan untuk berguru sedangkan saya sudah sihat macam biasa,sebab saya tahu ilmu syahadah dapat mendidik saya ke jalan allah s.W.T.Saya bersyukur pada allah sebab mempertemukan saya dengan Datuk Nahza dan Tuanku Panji Alam serta jemaah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM),inilah aladalah takdir allah yang mempetemukan kita semua.

Saya bersyukur sangat-sangat.Saya anggap tuanku dan Datuk Nahza serta ahli-ahli jemaah Persatuan Seni Silat Gayong Ma’arifat Malaysia (PSSGMM) seperti keuarga saya sendiri,,,,tu lah sedikit sebanyak pengalaman hidup yang tidak disangka-sangka yg dapat saya kongsikan pada semua.

Untuk maklumat lanjut & rawatan sila hubungi Datuk Nahza :

https://www.facebook.com/datuk.nahzaii